raya

Ouuh pejam celik pejam celik, tinggal 4 hari je Ramadhan. Begitu cepat sekali masa bejalan. Inilah kan manusia, bila bosan tade menda berpekdah nak buat, sibuk kata masa terlalu lambat lah bagai.. Now kata cepat pulak. Apa-apalah.

Untuk itu, I wish y’all a blissful Hari Raya. Minta maaf zahir batin atas suma salah silap atau apa2 yang mungkin mengguris hati dan perasaan. Iya, aku tau aku laser. Tima kasih.

Tentang perihal raya yang bakal menjelang tiba nihh:

  1. Tiket balik raya – Ini memang aku hangin betul dengan penerbangan ni. But namanya pun tambang murah, aku nak mara lebih2, apsal aku tak habeskan duet beli penerbangan mahal ye tak? Lagi secure. Nak dijadikan cerita, I am supposed to fly to JB on Friday evening at 640pm. Iaitu 2 hari sebelum raya. Akan tetapi, last month I got a message telling me the flight is delayed to Saturday. And guess what, ialah pukol 640pm jugak! Uwaaa that is malam raya for God sake! Sakit parkinson aku nak menanguk tunggu flight Sabtu petang. Sebab minggu ni, orang suma dah start balik raya cik oiii. Seres aku bengang gila.
  2. Baju raya –  Oh silalah jeles. Sebab aku ada 5 baju raya this year. Ekeke. Itu hasil daripada beli kain bnyk2 pastu tak tempah2. Sekali bila nak raya tempah suma skali gus, hamik darah tinggi nak baya upah semua skali. Hiks. But ada sedikit kebengangan di sini kerana my only baju kurung this year tu besar lah plak. Ok sila kata ini cubaan aku utk berkata aku dah lose weight sekrang, compared to masa hantar tempah baju itu. Lalala~ Tapi seres baju kurung tu takleh pakai. I feel like orang-orang kat sawah padi tu haaa. Baju gedobos-gedobos ditiup angin. Uiks taknak aku org ingat aku santa clause pula di pagi raya. Harus tak vogue macam tu ek.
  3. Kuih raya– Tak beli bnyk pun. Sebab i dont want to feel like orang tua. Haaha! Seres kan, selalu makcik makcik yang beli kuih bagai nak rak. Seperti mama aku dan makcik2 ku yang lain. This year I just bought kek lapis sarawak and 3 jenis kuih each for mama and m.i.l. Makcik2 lain, mintak mahap lah. Kek lapis mahal dan sangat berat. Saya takmo menderita tangan angkat kek super berat balik semenanjung.(Padahal  bajet saya bnyk nak pakai utk kawen ujung tahun ni ;p ) Saya bagi duet raya je this year oke!
  4. Cuti raya – Dah approved 3 bulan yang lepas. Will be on leave until 27th Sept. Woohoo! Syok.
  5. Duit raya –  Dah tukar 3 minggu yang lepas. There was no duet baru kat bank tu. Stok belum sampai katanya. So aku balun je tukar duet biasa2 yang tokei ikan ke tokei kedai runcit ke bank in profit mereka pada hari itu. Lantaklah, tahun ni tak dapat la cik bagi duit baru-baru. Sila jangan bnyk komplen, janji duit oke!
  6. Transport raya – Sila bear in mind, aku takkan bnyk berjalan tahun ni. Sebab patah kaki, ketaku di Sarawak. Maka hanya akan berjalan bersama family sahaja atau sesiapa yang nak amik dan hantar aku pulang selepas beraya. Kau ingat kau tuan puteri kah. Lalala~

Oke. Sambung kerja. Malas gila oke this week. But aku kena jugak settlekan suma keja ni this week kalau mahu becuti panjang. Ergh!

Past sentence: The pre wedding photoshoot was awesome! Nanti gue update. Hiks.