Sila angkat tangan !  \(^_^)/

Yaa..If I were in KL, harus aku pun angkat tangan. Ini cubaan utk mengatakan kononnye I eat less in Miri. Boohoo. Dengan harapan yang sangat tinggi iya.

Aku sangat yakin, kalaulah sebulan Syawal ini aku berada di KL, harus kenyang perut aku setiap hujung minggu sebab pasti ada 5-6 deret open house yang harus dikunjung. Tak payah risau-risau kan. Kalau org tak jemput pun, aku redah jugak pegi makan. Hoyeh. Asalkan raya, kan boleh ziarah-menziarahi bukan?

Nak harapkan open house di sini? Lagi bagus kau bangun tido pukul 12 tengahari, if happened hari ialah hari Ahad, layan Melodi dan tengok Nona. (Kalau hari Sabtu tengok Hindustan oke). Then duduk diam2 sampai malam menjelang. Sebab? Memang takde open house pun ! Hoh sila kata aku macam kera sumbang takde kawan di sini. Tapi memang pun, mat saleh ada wat open house Aidilfitri kah? Nak harap kawan2 En MNI? Kebanyakannye bujang2 belaka, atau married but single di sini. So kem salam je lah nak wat makan-makan bagai.

Aku sangat kecewa pada weekend lepas sebab takde satu open house pun. (Merajuk tiba2 dengan En MNI, sebab tak bawak aku gi mana2 open house. Relevan kah pemerajukan itu? Hik) So kami open house sendiri dengan aku memasak laksa kegemaran dia. (En MNI suka makan laksa, but tatau la dia suka laksa aku masak ke tak kan. Hoh).

Gambar hanya ketika proses memasak. Selepas dah jadik, tak sempat pun snap sebab kami macam pirana yg sgt lapar.

Past Sentence: Did u see the ticker? Its exactly 2 months to go. Woott saya panic! Not with the preps because Im almost there already. Semua tinggal baya habes je. Panic utk betukar status. Oppsie!

Advertisements