Iya la..orang semua sebok cerita pasal raya, and aku sebok pulak cerita hal kawen. Shheeshh. Takpe, asal aku suka. Camnilah kaedahnya kalau aku sangap kena tinggal. Baru la dok berangan hal kawen and rajin menaip di sini. Oh iya, he was back for 3 days, pastu zaasz dia dah travel ke KL smula. I was like, apekahhh?!

Talking about our wedding card ni, toksah cita banyak lah. Aku rasa kad aku lah paling awal gila siap. Bulan June hari tu dah belonggok dalam kotak kat umah oke! That is about 6 mnths before wedding kann? Berdasarkan kata survey bakal pengantin, rata-rata tempah kad 2 months sebelum majlis. Oke, sila kata aku miang bersemangat nak kawen.

Ok lah fine, kad sangat kami berpuas hati, walaupun struggle gila angkut almost 100kg tu merentas negara. Akan tetapi, kat negara seberang tu selalunya kad diorang adalah without envelope. And being sangat confident, kami pun tempah la envelope separately kad Sadiya Invitation itu (still kat kedai sama, just envelope tak termasuk dalam harga kad oke). Taapiii, amatlah tak proper envelopenya sebab ianya tak boleh ditutup! (Purpose tempah envelope ialah utk tujuan pengeposan. Yang takyah pos tu, takyah la envelope kan). Maka, bagaimana nak pos la kann!? (Sila imagine rupa bentuk envelope serta kad itu dalam view 3D oke. Envelope tu 3 ruangan je tutup, yang 1 tu tak tutup)

Maka dengan gigih dan cekal, terpaksalah kami tempah envelope yang lain di sini. Dah malas nak fikir, adui lantakla envelope macam kad raya pun hentamlah labu! So esok gi jumpa kawan kepada En MNI utk tengok envelope yang dia ada. Hoohh leceh kan buat kerja 2-3 kali ni.. Bikin panas je bulan-bulan posa ni. (Dulu masa bulan tak posa takde plak sebok nak cari envelope ni ek)

Cengginilah rupa kad kami. Harus dihitamputih kan sebab warna adalah rahsia. Kuhikkuhik.Simple saja, sebab aku kan plain jane. lalalala~

IMG_7223 - CopyPast sentence:

1) Esok aku balik KL. Yabeda bedu ! (Remember the pre-wed photoshoot. Ngeehehe) Tapi En MNI dah balik ptg tadi. Sampaikan hati dia tingglkan aku tekontang-kanting di sini. Sob sob.

2) Ada ura-ura seperti baju raya yang aku tempah kat KL tu tak siap. Erghh marah dah aku ni. Haruslah tak vogue nanti di pagi raya kalau tade baju baruu kann?!

3) Jumaat ni patutnya public holiday kat Sarawak kan. Pastu baru Isnin lepas keluar circular, public holiday tu ditunda ke bulan October. Suka-suki dia je nak ubah-ubah tarikh kan? But ada aku kesah? Aku nak cuti gak unless kau baya balik duet flight ticket aku. Kahkahkah.

Okeh jom packing bag. Yes yes makan makan kat KL wekeend ni. Jakun kan aku?

Advertisements