Cuaca hari ini ialah sangat mendung. So does my mood; bermalasan, menagguh kerja, muka monyok, mata steam menahan ngantuk yada..yada..yada..

Yang pasti, sekarang aku happy. Sebab kenyang. Haha!

Menu berbuka hari ini:

2408

  1. Sambal sotong : Sendirian berhad oke! No bazar bazar. Hehe. Sotong itu ialah besar-besar, gemok dan gebu. Ketika sotong masih dalam freezer pun aku dah kecur gila. Uuuhh.
  2. Kacang panjang goreng : Ni pun self-cooked ye. Aku malas gila nak masak sayur pada mulanya, tapi kat bazar tu tadi adalah plak pasar tani. So kena jugak masak sayur.
  3. Pari bakar: Confirm bazar-made. Takde maknanya aku balik dari opis penat-penat, nak bakar ikan bagai. Huu (kata je lah kau tak reti masak pari bakar kan? Lol)
  4. Roti John : Sahih la bazar-made. Dari semalam terasa nak makan sangat2 roti john tapi tak kesampaian.
  5. Goreng pisang garing crispy : Pelik aku. Selama ni pisang goreng tu ada jual hari-hari kot. Apsal la tak terasa nak makan. Tapi posa-posa ni semuanya menggiurkan. Uuuh.
  6. Apam balik: Always my favaourte. Tapi turn off gila apam balik kat Miri ni. Hangut, nipis. Sekali ngap je aku habeskan. Gila kedekut makcik jual apam balik tu buat nipis-nipis. Kacang siket plak tu. Aku dah ban kedai apam balik tu.
  7. Air tebu: Aku takdelah suka sangat. Tapi ada org lain yg suka kan. Ikutkan aje anak tekak dia ;p

Oh sangat banyak tak terperi! Gila melantak namanya ni. Punahlah harapan aku konon nak shed at least 3 kgs ke bulan Ramadhan ni. Ohho tinggal kenangan. Tapi ada 27 hari lagi ni. Hai nafsu makan, tolonglah mengawal diri.

Dah 3 hari posa, tiga-tiga hari aku masak. Bila En MNI nak banje aku makan best-best ni..? Iskkh. (Ke sebab aku masak best? ) Hahak.

Advertisements