Lokasi : Simulation Room

Tima : Masa tenat, project aku dah nak due dah weyh.

Yang terlibat di tempat kejadian : Aku, Pakcik X, Pakcik Y and Z.

Conversation A

I was so kusyuk buat simulation. Telinga aku dah pekak sebab pakai headphone at full blast. Suddenly, ada rg jerit kat aku suh take off my headphone sebab azan Asar. Aku pun takmo lah melagho diri, cabutlah headphone itu.

Pakcik X : Z, mari solat. Lelaki sembahyangnya di surau.. (semalam lagi pakcik X ajak Z semayang tapi Z kata menjawab dia nak semayang di rumah mengimami keluarga.Padahal tak kawen lagii. Alasan lah tu. Hekhek )

Z wat deekk je. Pakcik X lalu belakang Pakcik Y.

Pakcik X : Ini patut diajak solat jugaa. (sambil tunjuk-tunjuk blkng pakcik Y) (Pakcik Y tak paham bahasa melayu oke!)

Pakcik Y macam sedar org tgh pemainkan dia. And aku translatelah apa Pakcik X cakap.

Pakcik Y: Ooo.It’s up to us whether to go or not. But if she goes (sambil tunjuk kat aku), I will follow where ever she goes. To the hell or heaven.

Aku, Pakcik X and Z tediam. Apakah? Org ajak dia gi semayang, ntah hape benda lain dia jawab. Aku tau lah main2..but…pikirlah sendiri~

Conversation B

AKu nak cari error kat model aku. Yang dah berjam aku nak fix tak mampu mampu jugak. Muka aku ni dah macam nak cium screen computer dah. 

Pakcik X: Reen, nanti kalau sudah bekahwin, jangan ditenung screen computer begitu. Usah juga buat simulasi lama-lama dalam satu masa. Radiation computer itu tidak bagus.. (Ohh kami pakai super computer, bukan PC biasa biasa itu oke)

Aku: (Blank. Aku tgh kusyuk kusyuk nih. Sempat lagi. Apa-apa pun terima kasih atas peringatan itu.)

Conversation C

Dah pukul 6.15pm tapi aku still tak dapat fix error tu. Siput betol. Aku dah mengeluh bape kali and rasa nak pecahkan computer tu. Aku suh pakcik X tolong, dia pun takleh nak tolong. Sebab nak cari error tu kena sangat teliti and hanya org yg work on the model je boleh trace it easily.

Aku: (Dah macam cacing kepanasan. Nakkkk ballikkkkk~!! Sekarang ni aku mmg dah malas gila nak dok opis sampai lewat. Kang tade life aku. Uuu takmo.

Pakcik X: (Tiba -tiba muncul kat blkng aku.Aku mmg dah pekak la pakai headphone kan). Reen, ini kerjanya simulasi memang perlukan kesabaran, perlukan ketelitian. Begitu juga, boleh diaplikasi dalam rumahtangga. Rumahtangga bisa diurus dengan bagus, teliti dan cermat. Kerana kita hari-hari bekerja dengan perkara yang sugguh detail.

AKu: (Ehh sempat lagi pakcik ini..Huu. Patutlah aku ni detail juga orangnya. And aku sangat suka sesuatu yang diorganise, kemas dan teliti. Kalau boleh takmo ada flaw apa-apa, if ada pun very minor thingy. Ni sebab hari-hari buat simulation nya pasal lah. Silap type ‘nombor 0’ dengan ‘huruf O’ pun akan error and kalau lembap, 2 hari pun fix error tak settle settle. Hek hek.

Kesimpulan :

1) Pakcik X ialah sangat kebapaan. AKu memang sejuk ati betol kerja dengan dia. Bukan setakat mmembebel kat aku pasal reservoir,simulation dan keduniaan. Dia pun selalu bagi nasehat pasal rohani dan alam selepas-lepas ini.. 🙂

2) AKu memang akan memekakkan telinga dengan headphone dalam simulation room. Sebab byk anasir-anasir yg mengganggu konsentrasi aku. Memang aku terhangguk-hangguk and bekaraoke sorang-sorang. Itu adalah tanda aku takmo diganggu. Tak susah kann?

———————

Morning workout: Tak workout. Badan sakit pasal aero kick semalam. AKu tido kat sauna 1/2 jam.

Breakfast: 2 roti wholegrain & kaya + milo 1 mug

Brunch : Tak makan

Lunch : Pizza 1 slice + 1 deli wing + chicken soup & 2 breadstick + coke 1/2 glass

Tea Time : Milo 1 mug

Evening workout: 200 Calories on tradmill + 250 Calories on climbing machine + 100 Calories on skiing machine + 100 Calories cycling + weight (legs only. Sakit badan aku nak wat benda lain)

Dinner : 1 roti wholegrain + baked beans

p/s selalu rosak diet aku time lunch. Isskhh.

Advertisements