Saja lah aku meletak tajuk begitu supaya mood raya datang membuak-buak. But for now, aku memang dah tersangat mood raya pun. I keep playing my media player dari pagi sampai balik ofis dengan lagu raya okk. Seharusnyalah bersemangat, bukankah.

Hoeevaahh, I am a bit sedey ialah kerana until today, I only received 3 raya cards. To be exact, baru hari inilah aku menerimanya.

Kesiankan aku? . Orang suma anta email lah, sms lah.Tetapi pecayalah, perasaan mendapat kad raya itu tersangat rasa jakun dan best okk. Dan buat hati rasa bebunga-bunga gembira 🙂

Maka terima kasih la kepada 3 org ini yg menganta kad kepada beta. Walaupun 2 of them ber-cap company, I don’t mind it at all. It’s the thought that counts 🙂  My card raya stock sudah pun habis dihantar semuanya. Kepada yang berkenaan dan merasakan bakal dapat kad dari aku, tunggu saje lah okeh.

Teringat pada zaman dahulu kala, aku adalah spesis yang sangat suka buat kad raya. Not that I was so taik idung masin nak beli kad raya pun taknak ok; tetapi aku akan buat kad kepada org-org tertentu yg spesel sahaja.  Of course lah. Yang lain, suma default card aje.. Kau tahu tak cost nak buat kad adalah lagi mahal daripada kau beli kad di kedai buku? Dan effort yang perlu kau curahkan adalah memerlukan usaha gigih dan komitmen yang tinggi. Pertama, kau kena pegi beli kertas kaler-kaler yang bukan murah ok. Kedua, kau kena perah otak cari idea camne nak decorate kad itu. Ketiga, kau kena gunting-gunting kertas dan tampal-tampal macam collage ke apa-apa yang kau suka lah. Keempat, kau kena perah otak lagi nak tulis apa sebagai default ayat dalam kad itu. Kelima, haa proses ni sama je macam kad default yang lain- beratur beli setem dan sila pos kad raya itu.

But now, tidaklah lagi aku mempunyai masa utk melakukan aktiviti itu. Kalau aku sempat, aku amat sangat nak buat, tapi hemmphh memang sah takkan sempat. Lagipun, susah nak menjumpai spesis yang boleh appreciate usaha gigih buat hand-made card ini. Kalau bagi kad biasa pun ada makhluk yang tidak appreciate, inikan pula kad gunting-gunting. Hemmph. Kalau aku, aku sangat appreciate ok. Susah tau tak nak berusaha sebegitu rupa.

Anyways bunnies, it has been 2 days that aku terasa garang dan menaga. Sebab aku bnyk melawan coach aku di ofis. Semalam aku menaga sebab dia asyik complain apa yang aku buat. Suka hati aku lah, asal keja aku siap, aku tak susahkan dia kan. Tapi aku masih sabar. En MNI kata mungkin semalam aku tak sahur, sebab itu aku grumpy asyik nak melawan sahaja.

Tetapi pagi tadi aku bersahur dengan hebat. Pukul 445 aku dah bangun tepacak di dapur sebab takut telepas sahur lagi. Adalah org itu, kata nak kejutkan aku bangun sahur, tetapi tak kejutt punnnnn. Naseblah baik aku terjaga sebab aku memang takut sangat sangat telepas sahur. Ehhee.Oh the point is, even though aku makan sahur dengan gigih, kenapah aku masih grumpy, menaga dan melawan juga pd hari ini. Assumption awk ialah tak betullah En MNI. Ehhe. Maka dengan itu pukul 430pm aku dah cabut kuar dari ofis. Tade mood. Trima kasih.

Walaupun aku rasa kurang best, tungguu dulu. Ada perkara yang mem-balancekan ke-nagaan aku pada hari ini iaitu….taadaaa..

Estee Lauder make-up set + perfume latest edition! Haha I believe 100% yakin penuh confident that this is a worth buying thingy. Sungguh! Tak nyesal. Kalau tidak kerana promotion, reganya adalah hampir 2K bersama perfume itu; and memang tidak mungkin akan aku membakar duit begitu sahaja, tetapi kerana ialah promotion, pecayalah kesemuanya adalah tidak sampai 500. Oh dinyatakan disini, eyeshadow dia ada 16 palette and blusher ada 3 palette. Ohhooo sangat bliss oke!

Aku bukanlah seorang pen-shopping yang hebat. Tak seperti kawan-kawn aku yg lain, they shop like once a week? Oh sy bukan spesis itu. Aku mmg plan apa aku nak beli, and beli bila i could get the best value for every bucks i spend at the right time. And aku tidaklah mahu membeli perkara-perkara kehendak dengan tidak ada kawalan. Priority adalah kepada perkara-perkara keperluan. Make-up set aku beli ini consider keperluan ok. Not yet to be cerita di sini but later-later tahulah kamu kenapa.

Baik lah sahabats, aku nak kemas bilik yang dah macam stor. Plastik barang2 bnyk gila, kesemua ialah barang-barang utk dibawa pulang berhari-raya. Tidak sabar.

Btw, esok ialah hari penting utk aku. AKu nervous tetapi seperti biasa, aku haruslah belagak cool. Haha. Harap-harap semua akan bejalan lancar. Lepas itu baru boleh aku cita panjang bejela di sini.

Toodles~

Advertisements